Polisi Privasi
Polisi Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang boleh diakses atau dimuat semasa melayari Laman ini dan tujuannya kami menggunakan maklumat tersebut.
SUNTORY BEVERAGE & FOOD MALAYSIA SDN. BHD. (M) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat yang berkaitan atau cawangannya ("SUNTORY BEVERAGE & FOOD MALAYSIA SDN. BHD. ") menghormati hak peribadi semua pelawat ke Laman ini. SUNTORY BEVERAGE & FOOD MALAYSIA SDN. BHD. tidak akan menyimpan maklumat pengenalan peribadi anda kecuali maklumat yang dikemukakan itu adalah secara sukarela dengan penuh pengetahuan dan/atau kebenaran anda.
SUNTORY BEVERAGE & FOOD MALAYSIA SDN. BHD. boleh meminta maklumat khusus daripada anda seperti (tetapi tidak terhad kepada) nama, nombor pengenalan, alamat, jantina, alamat e-mel, nombor telefon dan umur ("Maklumat Peribadi") untuk melengkapi borang
pendaftaran/keahlian/pertandingan/pesanan SUNTORY BEVERAGE & FOOD MALAYSIA SDN. BHD.
Semua maklumat yang dikumpul akan diproses mengikut Polisi Privasi ini. Dengan mengemukakan Maklumat Peribadi kepada SUNTORY BEVERAGE & FOOD MALAYSIA SDN. BHD., anda bersetuju untuk mengakuri terma-terma dalam Polisi Privasi ini.